Monday, 6 February 2012

Kalau mahu Pintar,Belajar! Kalau Mahu Hasil, Usaha!

Salam...

Serasa lama tidak bertulis puitis dan meluahkan rasa hati terasa seolah-olah ada yang kehilangan dalam mencoret kehidupan hari ini...kerana tidak mahu kenangan setiap liku-liku kehidupan dilalui tanpa ada penceritaan yang tersirat, blog ini yang akan ku kunjung buat tatapan hari tua..mungkin hadapan sana boleh merasa dan mengingati kembali setiap saat-saat yang dilalui penuh riang ria atau duka lara..kehidupan sememangnya tidak akan pernah meninggalkan manusia tanpa sehari-hari tiadanya suka, duka, manis, pahit atau sekadar tawar...setiap insan akan melaluinya dengan pelbagai rasa dan ianya tidak akan sama...nikmatilah ia sebagai asam garam kehidupan yang perlu kita coretkan dan bermuhasabahlah sentiasa supaya kita Fokus,Yakin dan Percaya bahawasanya kita berada di sini hanya sementara dan persinggahan sebelum ke fasa terakhir, Akhirat sana..(peringatan untuk empunya diri juga)

Saya sgt tertarik dengan kata-kata mentor @ penasihat saya dulu yang kini sedang menyambung pengajian PhD nya di Norway, tempat impian saya juga untuk menyambung pengajian nanti, InsyaAllah..kata-kata yang Dr Imran (http://zoneche.blogspot.com/) petik dari filem Laskar Pelangi:-

Kalau mahu Pintar, Belajar!   Kalau mahu Hasil, Usaha!

 

Alhamdulillah, sesungguhnya kata-kata ini memang bertepatan sekali jika ditujukan kepada pelajar-pelajar termasuk saya sendiri supaya kembali bangkit dan sedar akan kekhilafan diri yang hanyut dengan gelombang ke'rilex'an dan ke'tangguh'an dan ke'malas'an yang sering bermaharalela dalam diri...SubhanaAllah...kadang-kadang diri terlalu alpa tanpa berbuat apa-apa yang berfaedah..hanya makan tido menonton tv...ini bukan laa jadual harian pelajar yang bijaksana yang mana seharusnya setiap waktu yang berlalu diisikan dengan hal yang berfaedah...sekadar mengambil sedikit masa untuk bersantai seharusnya boleh tapi mestilah selalu diingati tujuan sebenar kita berada di sini..Ilmu harus dituntut dan dicari..kalau boleh harus digali lagi...Bangkitlah wahai semangat..tidak seharusnya kamu lemah ketika ini..ketika jalan sudah dipertengahan...ketika kamu tidak harus lagi berpaling ke belakang...Ayuh!! Teruskan berjuang!!

Doakan saya habiskan master ini dlm 2tahun..semoga segalanya berjalan dengan lancar dan mengikut perancangan..Amin..

Aku hanya punya asa, tetapi Allah punya Kuasa! Alhamdulillah..

Jgn lupa untuk selalu sujud dan syukur kepadaNya.


1 comment:

  1. Faezah, ini ayat daripada dukun ketika murid-murid sekolah dalam cerita Laskar Pelangi mahukan cara mudah untuk berjaya dalam peperiksaan. Nah! itulah jawapannya. Kalau belum tonton cerita tu, tonton lah tatkala diri dilanda kelesuan. Wassalam

    ReplyDelete