Monday 19 September 2011

Mengapa Tidak Percaya Sebelum Berjaya?

Sekali sekala, perasaan untuk mengubah diri muncul di celah-celah lamunan. Rasa ingin berubah sama ada daripada segi mental seperti memajukan diri di dalam bidang akademik, membuatkan kita berasa ingin masuk kolej semula. Inspirasi untuk berubah daripada segi material seperti ingin memperoleh kenaikan pangkat atau pendapatan tinggi juga akan menjadikan kita lebih rajin bekerja. Begitu juga, bila keinginan untuk berubah daripada segi spiritual muncul, kita menyimpan iltizam agar diri kita bertukar daripada seseorang yang pemarah kepada seseorang yang penyabar.


Mungkin kita pernah menemui Albert, kawan sekolah yang kita gelar si kepala samseng dahulu, rupa-rupanya sudah menjadi jutawan. Atau terpandang Azman yang dahulunya kaki ponteng di sekolah, kini muncul sebagai seorang motivator di kaca TV. Ataupun, Ee Mei, yang dikenali begitu pemalu di sekolah kini sudah menjadi seorang ahli politik yang begitu petah berucap di Parlimen.
Kejayaan-kejayaan sebilangan daripada mereka di sekeliling kita ini kadangkalanya tidak terjangkau oleh pemikiran kita. Bila mengingati diri mereka yang dahulunya kita kenal sebagai jahat, culas mahupun pemalu, kita tidak menyangka mereka telah berubah menjadi lebih baik, rajin mahupun petah.

Apabila kita merenung ke dalam diri, kita mungkin terasa mengapakah mereka yang toya di zaman persekolahan dahulu kini sudah menyerlah lebih hebat daripada kita sendiri. Mereka yang di zaman persekolahan dahulu menyanjung atau menghormati kita kerana lebih handal daripada mereka, kini telah mendahului kita dalam maraton kehidupan.
Ke manakah langkah yang hendak dibawa dan selaju manakah larian hendak dicuba bila melihat teman-teman sudah jauh lebih hebat daripada kita? Yang pasti, kita tahu yang kita lebih handal daripada mereka dahulu, tetapi mengapa kini sebaliknya? Roda kehidupan yang berputar mengajar kita apa itu realiti. Justeru, bagaimanakah kita boleh mengutip kekuatan-kekuatan diri yang tercicir di sepanjang lorong kehidupan?

Sebelum memulakan langkah, kita harus menyedari bahawa selama ini kita hanya percayakan sesuatu apabila telah berjaya menggapainya. Sikap inilah yang menjadikan kita terhenti-henti meranduk arus kehidupan. Ibarat berundur setapak setiap kali menapak dua langkah ke hadapan. Puncanya ialah kerana kita tidak percaya sebelum berjaya mencapai sesuatu.

Di zaman persekolahan dahulu, kita berasa alangkah sukarnya untuk lulus PMR kerana terpaksa menghafal matapelajaran untuk tiga tahun iaitu daripada Tingkatan Satu hingga Tingkatan Tiga. Kebolehan mengasah pensel dengan pengorek pun harus diketepikan kerana kita perlu belajar mengasah pensel menggunakan pisau agar lorekan di kotak-kotak jawapan objektif dapat dilakukan dengan kemas. Akhirnya kita melangkah ke dewan peperiksaan dengan seribu kegusaran.

Namun, setelah keputusan PMR diumumkan, kita yang tidak begitu rajin, dapat juga kelulusan yang baik, setanding dengan teman-teman lain. Ketika itu, baru kita percaya yang rupa-rupanya kita sepandai rakan-rakan sekelas. Menjelang peperiksaan SPM pun, minda kita memahat perasaan bahawa peperiksaan SPM itu sukar. Namun setelah keputusan peperiksaan diumumkan, kita berjaya juga. Untuk kali kedua di dalam hidup, kita percaya setelah berjaya.

Merentasi kehidupan, kita lalui pelbagai kejayaan yang lain. Mendapat ijazah di universiti, kemudian berkasih dan akhirnya melangkah ke jinjang pelamin adalah di antara kejayaan hidup yang dilalui bagai mimpi. Kita hanya tersedar bahawa ia benar-benar terjadi hanya setelah kita berjaya mengharunginya.
Bagi kaum wanita, kemampuan mengandung dan melahirkan anak adalah sesuatu yang sukar dipercayai sehinggalah suara bayi sendiri nyaring mengetuk ke gegendang telinga. Bagi kaum lelaki, kejayaan menjadi ayah hanya dimengerti setelah melihat senyuman si kecil.

Jelas sekali, sikap percaya setelah berjaya, sudah kita lalui berkali-kali dalam kehidupan. Apabila kita melalui pola ini secara berkali-kali, mengapa tidak kita ubah pola pemikiran untuk cuba percaya sebelum berjaya? Samada kejayaan itu berbentuk material, emosional mahupun spiritual, sedarilah, seandainya berjuta-juta insan yang lain telah lalui apa yang kita bakal harungi, hampir mustahil kita pula yang akan gagal.

"Ada perbezaan di antara mereka yang percaya setelah berjaya atau mereka yang percaya sebelum berjaya. Yang pertama hanya melahirkan manusia tidak apa-apa. Yang kedua melahirkan manusia yang apa-apa"

- Artikel iluvislam.com


Thursday 8 September 2011

Aku Di Sini!

Salam...

Akhirnya, aku sedang berada di sini..di dalam bilik ini..yang masih tidak mempercayai bahawasanya aku berada di sini..Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuranku panjatkan kepadaNya kerana memberi ak ruang dan peluang untuk terus berusaha sampai ke tahap ini...bukan tahap ini membanggakan aku tetapi mempunyai makna yang cukup besar dan hadiah terindah kepada ma abah aku yang selama ini tidak pernah putus asa untuk mempercayai bahawasanya aku bisa berada disini...

Walau badai melanda, cabaran menggunung sedang di daki namun semangat ini tidak akan goyang untuk kembali berundur...kepayahan itu pengalaman paling berharga yang akan mengajar aku erti hidup...

Doakan aku disini mempunyai jiwa yang cukup kental dan tabah untuk menempuhi pelbagai dugaan hari esok...

Bermulanya masa untuk membuka buku tebal dan jurnal yang banyak...;-)

* cantik gak bilik siswazah nie, dulu masuk kejab2 je coz nak hantar assignment kat tutor..sekarang nie lak ak dah ada meja dan kerusi sendri..semangat nak wt kerja..tenang dan damai..xramai ag yang ada, kakak2 master sume sedang cuti berehat dan beraya di kg halaman tercintun sana..ak masuk tadi just ada kak zaza yang ak kenal dan sorg kakak yg ak xkenal..pernah laa tngok muka die tapi xpernah tegur dan xtw nama die apa..huhu..ak masuk nie pom sbb nak taw meja mana je yang ada kosong, nati ble ramai dh balik xlah canggung sgt rase..hehe...*

Sekian!!

Lepas sudah!!!

Salam...

~ Pagi tadi sy selamat mendaftar pascasiswazah kat Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah (PSNZ)..(sengaja taip bagi panjang cket)

~ Orang sgt ramai beratur berderet-deret...byk gk yg kenal muka, kire bdk2 degree UMT rmai gak laa yg rajin nak study mcm ak nie..hehe

~ Berkejar masa nak jumpa sv...Dr memang baik, sanggup tunggu sy..makan ea biskut raya tu..(iklan jer)

~ GS pom baik hati hari nie, bagi baju dan beg laptop..xsempat pom nak mintak..hehe..trime kaseh laa yea (yuran mahal laa, diskaun cket xleh?? )

~ GS tu apa?... Graduate School!

~ Naseb bek ada dak Fatin duk teman shari nie, xlaa canggung sengsorg..nati die blik sp nak teman sy sila angkat tngn dan jgn jatuhkan!!!

~ Belajar untuk berdikari dan bersendiri..nak nikah bleh???

~ Calon masih dicari, sp berminat emel segera..hahaha

~ Cukup sudah, nti makin mengarut bende yg xberfaedah untk jangka masa waktu ini..

~ Sekian..masa untuk BeLaJarrrRRR!!!

Gambar curi...Belajar kene senyum tw, hati biar ikhlas;-)

Tuesday 6 September 2011

6 Sept...

Salam...

Alhamdulillah debaran hari ini kian lenyap dimamah waktu yang menunggu menghabiskan sisa2 peninggalan dan meraikan kewujudan hari esok...

6 September 2011, aku selamat tiba ke rumah baru (ber'sewa RM150 sebulan) dan telah selamat berkenalan dengan beberapa housemate yang ada..rumah ini dipenuhi 12 orang penghuni tapi disebabkan cuti rayer sebahagian lagi masih melanjutkan saki-baki mereka di kg halaman masing2..keadaan rumah nie bagi aku sangat laa baik dan cukup terbaik untuk aku mendiami, segalanya cukup malah terlalu mewah rasanya (mungkin anggapan aku shj, harap maklum). Kelengkapan yang disediakan cukup lengkap termasuk katil, peti sejuk, dapur, sofa, televisyen, meja makan dan lain-lainnya...

Click to view the next image.Click to view the next image.Click to view the next image.

Bertolak dari rumah tepat jam 12 tengahari bertemankan abah, ma dan adik2 ku, kami selamat tiba di sini jam 4 petang...Perasaan aku tidak se'ghairah' semasa melanjutkan pelajaran peringkat ijazah dahulu, terlalu ingin merasai kehidupan universiti..kini perasaanku lebih berkecamuk dan sangat takut, takut aku tidak mampu mengharungi badai dan cabaran melanjutkan pelajaran di peringkat master dengan penyelidikan yang sememangnya aku tahu memerlukan pengorbanan dan disiplin yang terlalu tinggi..aku terlalu takut mengecewakan harapan dan impian abahku...abah, maafkan anakmu kerana terlalu lemah untuk berjuang..aku mengharapkan sinar hari esok yang akan lebih memberi aku semangat untuk belajar...

UMT~ Aku sudah kembali!!!

Sekian.
~esok jam 8.30 pagi sy mendaftar~

Sunday 4 September 2011

30 Perkara Perempuan tak Sempat Bagitau Lelaki....

Salam...

Renungan bersama dan peringatan untuk kaum Adam supaya berbuat baik dan menghargai kewujudan kepada kaum Hawa...




Entry Rayer

Salam...


Lama rasa tidak meluahkan rasa..opppss sebelum terlupa Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin...biarlah lambat asal xterlupa nak ucap...hehe..hari nie kalau nak dikira dah masuk hari ke 6 kite menyambut kemeriahan Syawal..kenangan yang mungkin berbeza bagi setiap orang tapi ak percaya kebanyakannya menyambut perayaan ini dengan lebih perasaan gembira dan cuba menghilangkan segala duka lara yang terpendam di hati..suci-sucikanlah hati kalian dengan saling bermaafan, lupakan segala sengketa lama dan mulakan hari baru dengan lebih bermakna...amboii, kemain ag panjang ucapan raya,,hahaha


Pertama nak cakap nie bukan entry raya untuk tahun nie..ak nampak semua orang asyik bercerita pasal raya, dengan semua dah tukar gambar profil dlm fesbuk ke'cinta'an masing2 dgn melaram baju raya..hehe..seronok tengok mereka..~jeles sebenarnya coz ak xsempat nak buat sesi bergambar dgn family pom, rumah awal2 lagi dah kene terjah..bila semua dah bertukar baju raya perasaan yang sgt malas untuk berseronok bergambar..so, tahun nie xde gambar rayer..sob sob sob..sabo je laaa..huhuhu~


~nie yang tahun2 lepas punyer..hehe~

Kedua, tahun nie xseronok pom bagi aku sambutan rayernya..entah laa, kurang merasai kehangatannya..mungkin fikiran banyak terarah ke tempat lain..(al-maknanya:ke terengganu barangkali)...hah aha hah, jangan duk pikir yang lain ok..niat baik nie..i still single mingle taw..i taw apa u fikir...fikirkan BOLEH!!!..hahaha..Sebenarnya..hmmm..meh dekat cket i nak kasitaw neh..meh laa..hmm..sebenarnya..hmmm..hmmm...i..hmmmm...awat payah sgt nie..ishhh, tetiba cam segan..alohaiiii, mengada-ngada...hahahha..ambik ko sebijik..lalalala


Apa nak cerita sebenarnya nie..huhuhu..yea laa, i nak bagitaw laa nie..u nie sabar laa cket...hehe..alolololo, mucuk-mucuk2...tengok men2 ag die...hahaha


Sebenarnya, perasaan takut sedang menghantui diri ini, 
pada ketika ini,
bermula saat ini, 
sepertimana diluahkan disini..
(ntah ada org dgr ko tidok..haha)

Tarikh yang ditunggu hampir menghampiri.. 
hanya berselang beberapa hari sahaja lagi..
masih sempat berfikir untuk tarik diri..
memang ak dah nak patah hati..
apa yang membuat aku nak melarikan diri..
tanya hati masih tiada jawapan yang diberi..
cuma perasaan makin kerap menghantui..
adakah pilihan ini yang terbaik untuk kemudian hari..
dan kenapa luahan ini dah diolah menjadi sajak berseni..
sedangkan aku hanya menulis ikut kata hati..
(hahahha..pape laa,potong stim betol, tetiba terkeluar ayat berseni tanpa direka letak ok, jab ag bru nak edit molek2..cantikk!!!hahaha)

Lain kali baru ak sambung bercerita..tiba masa nanti..Akan Datang!!!hehe


Sekian...
~perasaan takot masih di hati, moga Allah beri aku semangat dan kekuatan, Amin~







Aku Rama-Rama...


Salam..
Renungan bersama...Untuk waktu ini..waktu untuk aku kembali muhasabah diri tentang apa yang telah terjadi...
Terima Kasih Ya Allah...

Lihatlah rama-rama, ia cantik. Apabila pandangan kita dihiasi rama-rama, kita menjadi suka dan ceria. Hampir semua orang akan tersenyum melihat rama-rama. Ia mengindahkan alam dan menyempurnakan sekuntum bunga. Seindah mana pun bunga tanpa rama-rama mahu hinggap di situ, tentu ada sesuatu yang tidak kena.

Cubalah tangkap dan pegang rama-rama itu dengan sayapnya. Lihat apa yang melekat di jari anda warna dan corak rama-rama itu telah berpindah ke jari-jari anda. Kemudian lepaskan kembali, ia terbang tapi lebih terbuai oleh angin. Siapa pun yang akan menangkapnya kembali tidak tertarik padanya lagi. Harganya telah tiada untuk dikagumi, disimpan mahukan diawetkan.

Rama-rama ibarat wanita. Ia indah untuk dipegang tetapi nilainya cepat turun setiap kali ada tangan- tangan yang tidak wajar hinggap pada tubuhnya. Memang fizikalnya tiada apa-apa yang kurang, tapi harga diri dan maruah telah mula tercemar.

Begitulah wanita. Ia bagaikan rama-rama yang terbang membawa corak-corak indah, apabila corak-corak itu telah pudar ia tidak dipedulikan lagi. Harga rama-rama terletak pada warna dan coraknya; harga wanita terletak pada apakah tubuhnya masih tulen tatkala dia didampingi oleh suaminya.

Rama-rama terpaksa berjuang untuk memulakan hidupnya. Dia terpaksa membebaskan diri daripada kepompong. Bukan mudah untuk keluar daripada kepompong yang mengikat itu. Sedangkan sepanjang berada di dalam kepompong tiada siapa pedulikannya, malah tatkala bergelar ulat ia lebih dibenci.

Sulitnya untuk akhirnya bergelar rama-rama. Terpaksa melalui kitaran dan evolusi bentuk. Daripada sesuatu yang menjijikan akhirnya bertukar menjadi sesuatu yang amat menyenangkan. Rama-rama adalah contoh terbaik wanita untuk sedar betapa bernilainya kehidupan mereka. Sewaktu anda dipuja, usah terlalu mabuk sebaliknya kenang-kenang kehidupan serba susah sebelum itu. Sewaktu anda digoda, dihambat dan dirayu usah terlalu mudah menyerah sebab ingatlah mereka yang bersusah payah memastikan anda dapat bangkit sebagai manusia sempurna hari ini. Anda tidak muncul sendiri, sebaliknya anda adalah lambang pengorbanan ibu bapa.

Usah jadi rama-rama yang di dalam bingkai gambar indah dipandang tetapi diri sendiri menanggung beban. Hiduplah dengan bebas dan terjemahkan kebebasan itu kepada nilai-nilai murni yang perlu dipertahankan. Hak anda ialah memelihara kehormatan. Selama mana anda memelihara kehormatan dan maruah diri anda berada pada terbaik, sebaik sahaja anda tidak peduli kepada siapa maruah itu hendak diberikan, anda sudah kehilangan masa depan.

Kalaulah rama-rama tahu dia cantik dan sentiasa memukau penglihatan manusia, dia tentu tidak mudah-mudah terbang ke sana sini. Sebab setiap kali ia mengibarkan sayapnya, ia sentiasa terdedah pada bahaya. Namun rama-rama tidak pernah tahu dia itu indah dan sentiasa menjadi sasaran manusia. Jika anda tidak pernah tahu kewanitaan anda itu adalah sasaran terpenting sang penceroboh, anda ibarat rama-rama yang tidak sedar diintai bahaya.

Mahalkan harga diri anda. Semakin sukar anda dimiliki semakin mahal nilai anda di sisi lelaki. Lelaki perosak hanya inginkan kuasa memiliki tetapi tidak mahu setia apalagi memelihara dan melindungi anda.

Usah terperangkap ke dalam tangan yang hanya akan meleraikan warna-warna anda. Setelah warna- warna itu hilang anda dibiarkan. Jadilah wanita angun yang punya nilai dan maruah diri, anda akan lebih dihormati.

Nilai anda bukan terletak pada berapa ramai lelaki yang ingin memiliki anda tetapi berapa ramai yang benar-benar sanggup menyintai anda. Cinta itu terjemahan pada kasih sayang dan belaian sayang penuh ikhlas. Selama mana anda belum menemuinya anggaplah diri anda masih berhak terbang bebas bagaikan sang rama-rama.

P/S : "Jadilah rama-rama yang mengindahkan alam, jadilah wanita yang membanggakan semua orang."InsyaAllah...