Salam...
Hari nie bezday kawan baik aku yg dah 4 tahun sentiasa bersama...alhamdulillah, berkenalan dari pengajian ijazah hingga berlanjutan ke pengajian sarjana..ke mana sahaja sentiasa bersama smp kan bila asyik bersama kami dah mcm anjing dgn kucing..asyik gaduh je...hahaha..gaduh2 manja gitu...
Oleh itu, di kesempatan ini saya ingin membuat sedikit ucapan terbaik untuknya:
Kehadapan sahabatku, Siti Waniey...surat nie ditujukan khas secara rasmi untuk menyatakan penghargaanku kepadamu bersempena kelahiranmu yang ke 23...umur itu sudah menunjukkan bhwasanya kamu sudah tua dan perlu beranak pinak dgn kadar segera...mohon disegerakan akad nikahnya dengan berkelajuan tinggi...saya berbesar hati hanya mahu menghadiri majlis kamu tanpa ada apa2 kaitan dengan mana2 sponsor atau hadiah..saya cuma akan hadir untuk makan dan mendoakan semoga kamu bleh dpt anak dgn segera supaya saya tidak lagi kesunyian tanpa adanya baby perempuan...saya dan juga kwan baik saya iaitu Wan Fatin Fatihah sebenarnya berbesar hati mahu menghadiahkan beberapa ekor lipas yang akan dipungut bersebelahan rumah kamu untuk kamu simpan sebagai kenang-kenangan..namun disebabkan hari hujan semalam maka hadiah tersebut tidak sempat disiapkan..maafkan kami!! kami tahu kamu mesti bersedih hati kerana tidak dapat hadiah kesukaan kamu itu...tidak mengapa, mungkin tahun hadapan jika kami masih berkesempatan akan kami ingati hadiah permintaan kamu itu..dan untuk membahagiakan hati kamu kami terpaksa menghadiahkan bekas barangan make-up yang tersangat comey berbentuk love yg kamu letakkan diatas meja pagi tadi..maafkan kami!!
Dan kami juga terpaksa menghadiahkan kek coklat moist yang sgt sedap kepada kamu disebabkan keter'tidaksabaran' kamu mahu melahap kek yg sungguh sedap dibuat oleh air tangan kami sendri...dan kami sangat berbesar hati kerana kamu sangat tidak sabar dan memakan kek yang bukannya untuk kamu..kami sangat menghargainya sehingga ke hari ini..terima kasih kerana kamu sudi merosakkan segala surprise party bezday kamu ini...kami sangat berbesar hati dan terharu mempunyai kawan yang sebaik hati kamu...semoga kamu sentiasa dimurahkan rezeki dengan duit yayasan supaya kami juga boleh sentiasa merasai masakan kamu di pagi hari yang hening..Insya-Allah.
Di akhir kalam ini, terima lah kemaafan kami dari hujung rambut hingga ke hujung kaki...harap diampun dan tidak disimpan di dlm hati..kerana sebenarnya ini adalah idea cetusan dari saya sendri tanpa melibatkan kwn baik sy iaitu Wan Fatin Fatihah yang terlalu byk bercrite hari ini smp semua crite sudah dibongkarkannya dihadapan pakcik kesayangan saya, saya sgt terharu dengan segala crite beliau hari ini...saya rasa sgt tidak adil tidak disertakan namanya kerana die turut terlibat dlm perbincangan semalam kecuali hari ini dan pengguna istilah 'kami' lagi sedap digunakan berbanding 'saya' kerana bole menampakkan kematangan saya untuk mereka-reka ucapan di atas.
Saya sangat berharap kamu terharu mendapat layanan sebegini di hari kelahiran kamu yang ke 23...
SELAMAT HARI JADI MY SWEET DARLING;-)
Hope u like it!!!!haahahhahahhaha