Saturday 25 June 2011

Menarik hari ini

Salam...

Mengisi kebosanan  berada di rumah membuatkan otakku sentiasa ligat mencari sesuatu untuk difikir dan diolah..seolah-olah masa yang ada tidak seharusnya terbuang begitu sahaja..terus tangan ini laju mengetip..setiap titipan yang tersurat belum pasti menyongkar apa yang tersirat...

Alhamdulillah, kalimah syukur dipanjatkan atas segala kurniaNya..mungkin apa yang aku kehendaki tidak dipenuhi namun aku begitu yakin bahawasanya apa sahaja yang terjadi ada hikmahnya yang belum mampu aku perhalusi hari ini...mungkin esok aku akan tahu untuk mensyukurinya...InsyaAllah

Khabar yang diterima pagi tadi membuatkan aku terduduk seketika, berfikir sejenak apa lagi yang harus dilakukan..mungkin bukan rezeki, fikirku..namun otakku ligat mencerakinkan apa yang perlu dilakukan seterusnya..segala perancangan yang dirancang sebelum ini tidak dapat diterusnya tepat pada waktunya...yaa, mungkin masa ini yang terbaik untuk berehat seketika sebelum kembali bersibuk..namun aku bukan yang jenis suka berdiam tanpa melakukan sesuatu..aaarrrhhh, payah sungguh...bersabarlaa wahai hati, akan ada petunjuk andai engkau bersabar dan bertenang..SubhanaAllah..

Ya Allah, andai apa yang tertulis untukku adalah yang terbaik bagiku pada hari esok, Engkau permudahkanlah segala urusanku..semoga keputusanku ini adalah yang terbaik untuk diriku..Amin

Apa yang terjadi, lets me update for u next time k..masih juga berdebar adakah ia bakal menjadi kenyataan dan mengubah Hentian Cutiku pada kali ini...See u soon;-)
What happen???huhuhu

Hentian Cuti

Salam..

Rasanya sudah sekian lama tangan ini tidak mengusik laman ini..hampir bersawang rasanya..mungkin kesibukan di rumah membuatkan masaku lebih terarah untuk menjadi suri-rumah sepenuh masa..mungkin ini masa yang terbaik untuk melatih diri bersiap-sedia menghadapi hari esok..sapa tahu kahwin cepat..hehe, gatai norr..haha...masa masih panjang dan masa depanku baru bermula untuk dicongakkan...hmm, itu yang perlu diutamakan...most important thing in my life for my future..for my mum & dad..

Cuti yang bermula seawal 3/5 sehingga ke saat ini, ruang lingkup hidupku hanya di rumah..jarang sekali untuk keluar bersama-sama kawan..mungkin disebabkan faktor usia, aktiviti sebegitu sudah tidak termasuk dalam list hentian cuti...masing-masing lebih senang untuk bersama keluarga...

Aku pula..hentian cuti kali ini tidak memberi apa-apa pengalaman yang menarik..hanya menghabiskan masa dengan movie2 yang telah lama tersimpan rapi..hehe..makan, tido, tengok citer je keje..ish ish ish...jangan tiru aksi ini yea adik-adik, xbaik untuk kesihatan hari tua nati...huhuhu...(dah tahu tapi buat jugak;-p)

Latest cerita yang sedang ditonton dan dihayati untuk inspirasi hidupku ialah...jeng jeng jeng...Boys over Flowers..rasanya dah ramai sangat yang meminati cerita dari korea ini...mungkin kerana watak heronya yang menjadi idaman setiap para gadis..huahuahua..itulah sebenarnya yang menjadi kegilaan para remaja untukcerita korea..aku xminat sangat pom tapi dah terlalu bosan terpaksa laa jugak menghadapnya hari-hari...hahaha..secara tak sengaja eaa (cehh, ayat nk ngelat je..poyo sungguh) ;-p...hahaha

Jom kenali hero-heronya..pujaan hati para gadis..hahaha