Salam...
Alhamdulillah, aku baru je sampai di Kuala Terengganu semalam tepat jam 7 malam...hari khamis lepas bertolak ke Perak untuk program Kem Gerak Minda Matematik Tambahan Siri 1 2012 atau nama ringkasnya KEGEMMATAM...program ini dianjurkan oleh Himpunan Mahasiswa Matematik yang diketuai oleh Khairul Rizzuan Omar yang merupakan pelajar tahun 2 Program Matematik Komputasi. Sekolah yang dilawati ialah Sekolah Menengah Agama Raja Dr Nazrin Shah (SARJANA). Sekolah nie adalah sekolah agama dibawah naungan kerajaan Negeri Perak. Tercapai lah objektif program ini dilaksanakan yang mana kami memotivasikan kepada para pelajar bahawa matematik tambahan atau matematik adalah sangat mudah, kuncinya hanya lah rajin dan banyak buat latih tubi...sepanjang program motivasi dikendalikan sepenuhnya oleh Dr Sabri bin Ahmad, pensyarah Jabatan Matematik yang juga merupakan penasihat bagi program ini. Bagi slot pemarkahan dan peperiksaan dikendalikan oleh Puan Rohaya yang juga guru pakar di Sekolah Menengah Teluk Intan (SEMESTI). Beliau banyak mendedahkan tips atau kaedah berkesan untuk subjek matematik dimana program guru muda diperkenalkan di SEMESTI. Para pelajar yang genius matematik akan dilatih untuk mengajar rakan-rakan mereka supaya prestasi sekolah mencapai gred 100%. Ini bermakna pelajar sendiri yang bertungkus-lumus untuk memastikan pencapaian sekolah mereka meningkat bagi tahun tersebut. Ini bermakna guru tidak perlu penat mengajar hampir semua kelas tetapi memantau pelajar mereka semasa guru muda terbabit mengajar. Kaedah ini juga boleh mendorong pelajar untuk tidak kedekut ilmu dan melatih mereka berhadapan dengan ramai orang. Softskill ini yang diperlukan oleh mereka apabila melangkah ke menara gading. Syabas SEMESTI dan SARJANA!!!
Aku pula dilantik sebagai penyelaras bagi program Burumatik. Program ini merupakan program sampingan dimana kita mendedahkan pembelajaran matematik di luar bilik darjah. Setiap kumpulan dikehendaki menjawab soalan matematik di setiap checkpoint yang mereka lawati dengan membawa belon berisi air sebagai barang amanah. Objektifnya supaya mereka tidak terpengaruh dengan sebarang hasutan dan keinginan lain yang sentiasa menyebabkan fokus belajar mereka hilang. Burumatik dijalankan dengan penuh meriah kerana adik2 Sarjana sangat sporting dalam memberikan kerjasama sepanjang program berlangsung...memang sangat besttt walaupun penat...
Nati kita update sal jejalan kat perak dengan Boboyy ;-)
No comments:
Post a Comment