Thursday 29 December 2011

HIDUP...

Salam...

Kadang-kadang hidup...
tak seperti yang kita impikan..
tak seperti yang kita angan-angankan...
tak seperti yang kita jangkakan...

Kadang-kadang hidup...
menggamit kesabaran...
merasai ketabahan...
menerap keimanan...

Yang pasti...
jgn sesekali mengalah...
jgn sesekali mengundur langkah...
jgn sesekali tunduk rebah

Percayalah...
Tuhan itu ada...
Sentiasa ada bersama kita...
Sujudlah hanya padaNya...

Friday 9 December 2011

Hari Jadi ke-23.

Salam…9 Disember 2011

SELAMAT HARI JADI KE 23..wahh..dah tua dah..hehe..bukan tua, pertambahan usia menunjukkan kita semakin matang dalam kehidupan sbb setiap hari + bulan + tahun kita akan menghadapi pelbagai pengalaman sama ada menyeronokkan atau pun sebaliknya..btol x?hehe..tapi sekarang dah xmau cter luahan hati dapat title 23 tu tapi kenangan menyambut hari jadiku yg ke 23 yang sempat diraikan bersama teman2 yang tersayang..terima ksih kpd sahabat baikku, Dik Fatin dan Che Wani kerana sudi bersusah payah melayang shbtmu yg byk songeh nie..hehe;-) dan sgla ucapan yang diluahkan di FB..tetiba rasa mcm wow, ramai gak yang syg aku ea..hahaha (prasan kejab).
Tapi sambutan yang paling menggembirakan apabila buat pertama kali aku dapat 2 biji kek..woww, itu pom dari org yang sama..hehe..seronok sgt rasa..pertemuan yang tidak disangka mengeratkan tali ikatan yang terbina atas dasar kepercayaan…
Hari jadiku yang ke 23 nie istimewa cket…sbb jatuh hari jumaat..semua org dapat bercuti..pagi jumaat kitorang berpakat untuk cuci rumah sampai laa lunch hour..huhu, penat gak lagi2 bersihkan dapur yang sgt berselerak..yea laa, bila semua cbuk keje masing2 main cmpak je brg..huhu..Dik Fatin dan Che Wani yang kecian sgt kat bezday girl yang kepenatan berbesar hati laa wt makan2 tgh hari utk aku...smp nak masuk dapur pom kene sekat..aku cuak gk diorg nak buat apa, kot2 laa dapat katak rebus..uwekkkk, geli oden..haha..tup2 ini yg tersedia...






Dik Fatin & Che Wani...
Terima kasihh kamu-kamu..sayang sgt kat kamu-kamu…hehe ;-)

Petang plak skali lagi mereka buat kejutan nak blanja makan di NR Kafe..dekat2 je laa dgn UMT tapi aku dh lama xpg makan cni..tmptnya bleh laa tahan..ok bezday girl, order je nak makan apa, semua ditanggung beres…hahaha..apalagi tapau laa byk2..hehe..tapi aku xlaa kejam mana, order laa tomyam kesukaanku coz dah lama xmakan bende alah nie..nak jumpa yg sedap payah gak tapi kat cni not bad laa ;-)

Habis je makan, aku cpt2 ajak balik sbb perut dah rasa lain mcm..jam plak dah dekat 6.30..punya laa duk pujuk driver balik tapi pandai je k.yat kelentong cakap tggu makanan masuk perut jb..rupa2 nya dah berpakat dengan pakcik, dia nak dating jmpa aku jab..konon nak celebrate skali tapi ktorg dah abeh makan pom…haha..datanglah die tersenyum2..haha..best gak, dapat plak sebiji kek ag..pink lagi..cute2..terharu sgt sbb die cakap die xpuas hati sbb kek coklat yang die buat bukan aku yg potong..so die nak jgk tngok aku yg potong kek pink tu…ramai laa tngok aku dapat kek tu, malu gak memula sbb aku xbiasa bende2 mcm nie tapi tngok kwn2 sume hepy rasa macam bermakna sgt dapat get together dgn mereka2..Terima kasih pakcik & the geng, sayang kamu semua;-)
Hati berbunga-bunga..bunga tulip setaman..hahaha..
SELAMAT HARI JADI MAKCIK YG KE-23.


Wednesday 7 December 2011

Kisah Baru Bermula...

Salam..


Jejari terasa ingin menulis sesuatu..sesuatu yang terlukis di hati..yang terjadi hanya dalam 3 hari ini..adakah ini langkah yang tepat untuk waktu ini?aku sendiri sedang tertanya-tanya dan sedang keliru...memikirkannya tidak berkesudahan..tidak memikirkannya pula ia sering bertandang di jiwa..apa mampu ku lakukan..hanya berdoa dan berserah moga ini yang terbaik untukku..masa yang terbaik untuk melupakan sesuatu itu juga...melepaskan ia pergi..jauh dari hati..


Semalam terjumpa satu kata-kata ketika berblogwalking..ianya sangat memberi kesan di hati..bila diamati dan difahami, kata-kata itu tepat tertuju kepada diriku saat waktu ini...mungkin kata-kata yang bleh jadi pemangkin kepada setiap langkah yang tercorak selepas ini...mungkin...itu hanya andaian untuk waktu dan ketika ini, belum tentu untuk jangka waktu hadapan nanti...tetapi moga ianya bleh jadi pemangkin semangat untuk aku bertahan...


"Meninggalkan kepada yang pasti dan memulakan yang baru pasti lebih baik dari menanti yang kenyataanya tak akan datang..."


Kata-kata ini juga yang menjadi status terbaru aku di fb..kwn2 yg komen mengatakan ianya betul..tapi aku masih juga ingin menafikannya..mengapa? mungkin sebab aku masih menyayangi 'yang pasti' itu..atau secara kebetulan 'yang baru pasti' itu muncul?? entah, kata hati sendiri juga semakin susah untuk dicerna dan difahami..hmmmm..


Kisah ini juga aku kongsikan bersama mama..responnya teramat baik..xperlu aku susah payah menunggu dan menanti kenyataan yang tak akan datang itu..keputusan mama sudah ku jangka..tetap sama dari 2 tahun yang lepas..sungguh susah untuk dipujuk..mungkin ianya untuk kebaikan diriku pada masa depan, aku memang sangat tahu dan faham sejak dulu, cuma hati yang sukar terima...


Sekarang, hanya berserah padaNYA...


Sekian.


p/s: hari2 ada org blanja..jgn jeles..hahaha

Tuesday 6 December 2011

SEPI



Sepi itu indah buat yang mengerti dan menyedari, walau derita yang ditanggung terkadang sepi itu membuat anda tenteram, mengajak hati anda menghayati setiap kejadian yang berlaku, bukan sepi yang membuat anda sengsara namun sepi akan menyedarkan anda yang dunia ini tidak selalu indah pasti ada duri-duri didalam setiap cerita yang ada di hati kita.

Sepi itu terkadang boleh membuat anda terlena dalam mengapai apa yang ingin hati miliki, hati ini telah membuat anda sepi dalam segala-galanya namun sepi itu membuat anda tenang dan membuat anda tersenyum walau terjatuh beribu kali , anda tetap bahagia kerana itu sepi adalah penawar kepada segalanya dan anda harus mengikhlaskan hati kepada sepi.

Sepi mengajak tangan kita agar mengambil atau mengutip setiap yang berharga di teratak hati kita. Didalam solat yang kita lakukan sepi jua yang membuat kita mengingati padaNYA, tidak salah menyepi yang penting didalam hati kita sentiasa mengingati Allah swt.

Semoga sepi itu mengajak kita kejalan kebenaran, bukannya mengajak kita jauh dari jalan yang sebenarnya, mengingati Allah swt lebih berharga dari sejuta sepi yang ada pada hati kita, kerana itu sepi yang indah pasti akan lebih bererti jika didalamnya penuh dengan nama-nama Allah swt, ucapkanlah dikala sepi mahupun kecewa, nikmatnya lebih berharga dari segalanya .

p/s: Meninggalkan kepada yang pasti dan memulakan yang baru pasti lebih baik dari menanti yang kenyataanya tak akan datang.

Monday 5 December 2011

Cerita+Hutang!


Salam...

Kembali untuk mengisi kekosongan blog nie..terasa rindu untuk sesi meluah..Jom kita mulakan ;-)

Banyak yang terjadi sepanjang minggu nie...rasanya sepanjang hujung minggu bulan nie asyik balik kampung je..mula2 sebab rindu, kali kedua plak terpaksa balik untuk urusan biasiswa MyMaster..alhamdulillah, syukur akhirnya dapat jugak tawaran yang ditunggu-tunggu sekian lama...balik untuk dapatkan tandatangan abah sebagai penjamin dan juga untuk medical check-up..huhu..nak kene buat lagi sekali..bulan 7 hari tu dah buat untuk kemasukan master, sekarang untuk biasiswa pun terpaksa buat lagi..dengan bersemangat waja untuk buat segala urusan bersendirian aku pergilah klinik kerajaan yang paling hampir dengan rumahku..tunggu 10 minit last2 nurse kat situ cakap xboleh buat kat situ sebab nak kene x-ray segala mesti buat kat hospital besar kat kota bharu..aku pikir2 mcm malas je nak gi kota bharu, alih2 korbankan fulus 40 hinggit buat medical check-up kat klinik swasta..tu pom murah sebab xbuat x-ray dengan alasan aku dah buat sebelum nie , just tunjuk report je kat Dr tu bagi die tengok..huhu..naseb baik ok je..kalau tak bleh terbang fulus smpai 100..haha

Sekarang tengah berdebar tunggu surat MARA plax, sampai sekarang nie tak sampai2 kat umah..huhu..dah xsabar nak blik kampung ag sebenarnya..hehe...ikut result online diterima, kawan2 aku pom dah ramai yang dapat surat tawaran tu..tawaran Mara ini adalah pinjaman pelajaran untuk master termasuk lah bayaran yuran dan elaun makan..ok laa juga ambik pinjaman nie coz perjanjian untuk bayar hanya 25% dari jumlah pinjaman jika kita xde pape masalah sepanjang pengajian..means boleh lulus cemerlang laa kan...sebelum abeh blaja nie dah menimbun hutang..huahuahua..ptptn xselesai ag bayaran untuk ijazah hari tu..nie sekarang sambung master jawabnya kenelah tangguh untuk bayar dalam dua tahun nie..huhu..hutang sekeliling pinggang...hahaha

Tapi bila pikir dengan mendalam dan penuh kejituan, lebih baik pinjam dan berhutang untuk belajar sekarang nie dari hidup susah smpai ke tua...belajar dgn pinjaman pom xpe, nati esok dah dapat kerja lebih baik bleh bayar balik kan, jgn jadi kacang lupakan kulit plax macam iklan ptptn kat TV sekarang yang duk cbuk menggesa suh bayar balik..biasalah melayu, bila dah senang lupa plx pada yang telah memberi kan..hutang lupa lak nak bayar,pastu tambah macam2 alasan..ish3, xbaik taw macam tu..dulu nak blaja bukan main lagi mohon untuk pinjam, bila dah senang dan ada gaji liat plax nak bayar..ingat, hutang yang kita guna akan dinilai sampai akhirat, nati xpasal2 sangkut sebab hutang masa belajar...nie peringatan untuk diri sendri juga supaya nati dah kerja xlupa hutang keliling pinggang..huhuhu


Panjang lak story kali nie ea, nie saja luang masa untuk cari mood blaja balik..lama sgt balik kampung mood blaja pom dah hilang terbang entah ke mana..kene lah seru balik..haha..k laa, nak smbung study,,chaiyyokk!!hahaha;-)

Sekian