Thursday 21 July 2011

Keletihan

Terima kasih sudi mendengar...

 

Sunday 17 July 2011

Salahkah berdiam diri??

Salam...

Terasa ingin meluahkan...

Salahkah berdiam diri??


Kebetulan ketika bukak facebook tadi, seorang junior telah menegur dan bertanya khabar kakak-kakak senior yang lain @ kawan-kawan rapatku semasa di kampus...dan dgn secara jujurnya aku memberitahu bahawa aku tidak tahu apa-apa berita mengenai mereka kerana tidak langsung berhubung selepas tamatnya alam universiti sekitar bulan 5 yang lalu..sekembali ke rumah, duniaku hanya diselubungi dengan cerita keluarga dan teman sekolah sahaja...salahkah??hmmm

Persoalan yg keluar dari mulut beliau: MERAJUKKAH???

Perkataan yg terlalu sensitif bagiku sebenarnya kerana ketika akhir hayat berada di kampus kebanyakan rakan-rakan melabelkan aku dgn perktaan ini sementelah aku sudah tidak mahu bergaul mesra dgn mereka..adakah mereka tahu aku sedang berdukacita dgn byk perkara yang terjadi secara bersirinya..terlalu pedih untuk melalui seorg diri namun itulah yg harus ditempuhi untuk menghabiskan sisa terakhir di universiti...kalian bukan bersamaku..maafkan aku...

BERDIAM DIRI??? rasanya inilah yang terbaik untukku..mungkin sikapku tidak menyenangkan orang lain untuk bersamaku setiap masa dan akhirnya aku mengambil keputusan untuk berdiam diri selama aku berada jauh dari kalian..

Berdiam diri bukan sepertimana maksud yang semua org fahami..aku berdiam dari berbicara dan berkongsi cerita tentang diriku yang kurasa tiada yang menarik untuk dikongsi...sedang aku sentiasa mengikuti perkhabaran kalian dari jauh..cuma untuk komen2 dan msj2 mungkin terlalu sukar dilakukan..hanya suka membaca komen dan blog kalian sudah memuaskan hatiku...mengetahui apa yang terjadi kepada kalian dan mendoakan yang terbaik untuk kalian dari jauh..itu yang mampu diri ini lakukan..

Apa sahaja anggapan kalian, hanya satu yang ku pinta...maafkan kesalahan diri ini andai cara ini yang melukakan hati kalian..aku tidak bisa bertindak dan melakukan hal yang sama seperti kalian, mungkin bukan pada waktu ini...kemesraanku semasa bersama kalian mungkin tidak sama dengan sikapku ketika berada jauh dari kalian...menyepi seribu bahasa sampai akhirnya bila masa aku menegur, semuanya akan berkata: ehhh, pg mana?lama menghilang..senyap je die, menyepi...dh lupa dh kwn sume..dan segala bagai kata-kata yg kdg2 hati ini juga sukar menerimanya...hmmm, adakah aku sahaja yang patut memulakannya setiap kali??kalian bagaimana....oppppssss, maaf andai sudah terlebih bicara...sudah terpesong dari niat asal luahan ini...jari yang menulis sudah mula terpesong untuk menuding kearah yang bertentangan..maaf semua, satu jari tertuding, empat jari terbalas kearah diri sendiri...

Mungkin sampai masanya hatiku akan berubah...mengharapkan doa yang terbaik dari kalian juga...

Terima kasih atas segalanya..segala kenangan indah ituuu...

Thursday 14 July 2011

Surat Tawaran Master 2011

Salam...

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran aku panjatkan kepadaNya kerana memberikan aku segala kenikmatan yang sedang aku kecapi saat ini...saat dimana impian aku sejak menuntut ilmu untuk terus menimba ilmu di peringkat yang lebih tinggi...setinggi cita-citaku yang kadang-kadang aku terasa hampir putus asa untuk meneruskannya namun semangat dan harapan ma dan abah menguatkan hatiku untuk memperjuangkan apa yang dalam genggaman aku saat ini...Alhamdulillah:-)

Walaupun aku tahu ini baru permulaan dan apa yang bakal aku hadapi pada masa depan adalah sangat mencabar namun hatiku saat ini ingin berkongsi dan menikmati kegembiraan yang mungkin kebiasaan bagi sesetengah orang..menerima 'surat tawaran menyambung pengajian di peringkat pascasiswazah' pada petang tadi sangat-sangat menggembirakan hatiku..penantian selama 3 bulan untuk menggenggam surat ini amatlah menduga kesabaranku...Alhamdulillah, segala kesabaran dan kesungguhan menyiapkan proposal master memberi hasil yang cukup manis untuk dirasakan saat ini..Syukur...

Aku menunggu saat-saat ini dimana permulaan untuk aku mencari ilmu, mencari keredhaanNya dan terus mencari identiti diri yang masih samar-samar saat ini...Pengharapan yang terlalu tinggi yang diletakkan ke atas bahuku untuk mengubah kehidupan keluargaku tertanam kukuh di dasar hatiku...senyuman kegembiraan yang terukir di bibir ma dan abah adalah kenangan terindah di mataku, yang sentiasa bermain di hatiku dimana saat-saat ini dikongsi bersama mereka disertakan segala nasihat dan harapan menggunung agar aku masih berpijak di bumi nyata...agar aku masih menjadi anak perempuan kesayangan mereka yang setia...agar aku menjadi hamba yang sentiasa tunduk kepadaNya...agar aku menjadi pemangkin kepada adik-adikku untuk bersungguh mengejar cita-cita mereka masing-masing...agar aku sentiasa meletakkan agama, ilmu dan keluarga dalam setiap urusanku selepas ini...moga doa-doa kalian akan terus menyerap dalam hatiku buat bekalan pada masa depanku...Amin..

"Ya Allah, jangan Kau ubah hatiku ke arah kemungkaranMu tapi pesongkanlah hatiku ke arah keredhaanMu agar aku sentiasa tunduk dan patuh atas segala perintahMu..Berikanlah aku petunjuk dan hidayahMu agar aku bisa sentiasa berada dalam barakahMu..Ya Allah, aku hanya manusia yang lemah, yang hanya mampu bersandar kepadaMu atas sesuatu..Moga Kau permudahkanlah segala urusanku untuk menamatkan pengajian masterku dengan jayanya..Amin Ya Rabbal Alamin"








Tuesday 5 July 2011

Apa Citer Beb??

Salam...

Petang tadi tidurku dikejutkan dengan panggilan yang xdikenali..

F: Hello, Assalamualaikum..sapa nie?
S: Wslm..hai,kwn pom xingt ke?

Terkelu, Tergamam, Terkesima..aduh, sapa nie nak men teka-teki plax time nie..dah laa aku bru bgun tido, mamai xhilang ag..huhu..

Selepas gadu-gaduh manja cket, akhirrrrnyaaa terbongkar laa gerangan si dia..huahuahua

Apa citer beb??Persoalan ini yang akan sentiasa diajukan setiap kali kami bertentang mata..Pertemuan yang tidak disangka terjadi akhirnya menyimpul mati ikatan 'teman tapi mesra' antara kami...

Percaya @ tidak, dialah rakan, kawan ,teman yang sentiasa ada time ak susah tapi sgt jarang melekat time ak bahagia...mesti curious kan??haha...sebab dia dah berpunya, dan ak seharusnya terlalu jeles dgn gerangan pemilik hatinya..apakan tidak, ak sememangnya tidak akan mampu merampas die..alasannya: die xkan berpaling tadah dgn yang ada skrg kerana mereka dipertemukan dahulu sbelum ak...aduhhhh sihhh, kecewa bangat..kenapa kite xketemuan seblumnyaa...arrrrgggghhh, menyampah..namun ak seharusnya perlu bersyukur kerana sekurang-kurangnya ak dpt juga mengenali si baik hati ini;-)

Kawan, Rakan, Teman, Sahabat..bagiku semuanya mempunyai makna tersendiri...nak taw, cari laa sendri..klik google..ce klik ce klik..hahahaha...nak melawak plax, td citer mcm sdeyyy...ishishishish

Kami jumpa pom sbb byk sgt masalah hidup yg hmpir nk serupa,sama tapi terbalik wataknya..mesti korang peningkan..alaaa, citer lama xyah laa tahu...cuma ak nak bgtw kat cni bhwsanya kdg-kdg dunia nie susah nk ramal apa yang bakal jadi..apa yang kita nak dan perlukan xsemestinya bleh dapat..dan kawan yang kite sgt sayangi pom bleh bertukar mnjadi musuh yang paling ketat suatu hari nanti..ini pom ak ada kisah sebenarnya...merana beb tapi nak wt cne..ujian hidup..time nie laa ak jumpa dgn member ak nie..SHiDa...hahaha, pmpuan ok bukan laki..msti korang dh ingt laki tadi coz ayat-ayt patah hati gitu kt ats td kan..hahaha..tapi memang betol pom..korang kene taw hubungan kawan pmpuan nie pelik cket, susah nk rungkai..ak sbgai pmpuan pom kdg-kdg xphm..ang klu laki xyah nak ngaku terror sgt neh...acehcehceh...hahahaha...tapi bukan les tw, nie hubungn btol2 antara kwn pmpuan yg sgt close, mkn sama, jln sama, story sesama, sdey sesama, g jln pantai sesama, shoping sesama..byk yg sama laa...ramai kt luar sana mcm nie kan, lbeh2 lagi time study U..bessssssssssssttttttttttttt wa cakap lu...hahhahaha...dah2, ak dh jadi xbersopan dah menulis nie, pengaruh blog2 len laa nie...hahahha,gurau yea cyg2 sume..peace, no war;-)

Apa nak citer sebenarnya??huhu..dah lose idea..xpe laa, t cter psl fren, member, kwn2 nie ak cter bab len plx k..don't cdeyyy yea cyg...hekhekhek

Apa yang penting, ak sgt2 syg kat Shida nie...kdg2 2 ak plx lupa akan kewujudnnya tapi ble jmpa fuhhhh byk story-morry...biase die laa yg slalu mengingatkan ak bhwa kawan adalah kenangan terbaik dalam hidup dan pengalamn yg paling bleh mematangkan diri...cozz nk jaga frenship nie bukan senang beb, byk perkara nk kene jaga kain, ambik pose, buang masa dan pape yg nk sama colorfulnya..hahahahaha [peribahasa ntah pape..peribahasa ke?ke tatabhasa?wawawawawa..lama xblaja BM;-( ]

K laa, nk smbg story-mory yg tersekat dan tertangguh disebabkan iklan MILO tadi..t kite story ag yeaa..

Cyggg cyggg sume..JOM KITE SENYUM..senyumm laaaa slalu supaya orang yang nampak kite senyum akan turut merasa bahagia walapun hati kite sendri sedang berperang psikologynya ;-)

Sunday 3 July 2011

Perkongsian

Salam...

Kembali mengisi kekosongan...dah 2 3 hari ada idea untuk mencatit disini namun kekangan masa dan kesihatan sangat membataskan...apa pun alhamdulillah, hari ini kembali sihat dan ceria untuk memulakan rutin hentian cuti ini...

Petang tadi berblogwalking ke serata ceruk untuk mengupdate apa yang sedang berlaku dan menambahkan pengetahuan dalam pelbagai bidang..(ye ke?pape je laa;-) )

Apa yang menarik, sy terjumpa dengan satu blog (blog pertama) yang memberi idea untuk mendidik anak-anak menghafaz Al-Quran..alhamdulillah, pengorbanan seorang ibu untuk melihat anak-anaknya pewaris generasi masa depan yang tidak tandus agamanya..beliau mengejar saham akhirat, insyaAllah semoga segalanya dipermudahkan untuknya..sy sangat tertarik dengan pengisian blog beliau dimana beliau berkongsi pengalaman dan cara beliau mengajar anak-anaknya menghafaz, bukannya tip-tip yang diceduk dari mana-mana sumber..ilmu dari pengalaman itu sendiri yang lebih berharga...perkongsian yang beliau harapkan dapat mengubah mana-mana ibubapa yang lebih mementingkan pendidikan "keduniaan" sahaja kepada anak-anak mereka...moga-moga ilmu tersebut dapat kita praktikkan kepada anak-anak sekalian untuk melahirkan generasi celik Al-Quran dalam dunia yang sedang mengejar "keduniaannya"..Sekadar perkongsian: http://darwishndarwisya.blogspot.com

Blog kedua yang diteroka adalah milik seorang remaja yang sedang mengejar cita-cita di perantauan tetapi masih tidak melupakan bumi yang dipijak..beliau sebenarnya sy jejaki dari laman facebook dimana sy sgt tertarik dgn olahan beliau terhadap satu isu yang dikemukan oleh junior sy sendri..kemudian utk lebih mengenali empunya pandangan yang sgt bernas, blognya diteroka untuk memahami identiti dan pandangan hidup beliau (memang hobi sy yang suka 'menyelongkar' seseorang yang sy rasakan ideanya menarik tentang sesuatu perkara @ isu, orang kata xkenal maka xcinta tapi ini bukan cinta yang itu tetapi untuk lebih memahami tentang perilaku manusia sekeliling walaupun di alam maya). Bila meneroka blog beliau http://dzuuhaniin.blogspot.com dimana setiap entry hanyalah ringkas namun masih memberi kesan kepada jiwa yang membaca. Mungkin cara beliau yang simple tapi mendalam menyebabkan setiap kandungannya perlukan olahan sendri dari pihak pembaca. mungkin orang lain menyatakan apa yang beliau tulis hanyalah perkara biasa @ remeh namun mungkin tidak dengan jiwa sy...keterujaan membaca entry beliau membuatkan sy kembali bersemangat untuk mencoret disini dan mula terasa bahang seorang pelajar..entry beliau mengingatkan sy bahawa sy adalah seorang pelajar dan perlu berjuang untuk menghabiskan apa yang akan sy mulakan beberapa bulan lagi...terima kasih anda yang xmungkin mengenali empunya disini..tidak mengapa, sekurang-kurangnya sy sudah mendapat satu pandangan bahawasanya blog kite akan mampu mengubah pandangan seseorang walaupun kite xmungkin tahu bila, dimana dan siapa..itulah juga yang sy pelajari dari lect kesayangan sy..Dr. Hassilah Salleh: http://hassilahsalleh.blogspot.com/

Hmm, banyak komen tentang blog orang len plax, bukan update hal sendiri..hahaha

Kan dah cakap tadi, dah semangat kembali untuk meneroka buku-buku 'itu'..hahaha..Jom turut serta;-)