Tuesday 28 February 2012

SAYANG MARA.

Alhamdulillah..berita baik juga yang baru diterima sekejab je tadi..terima kasih kawan2 sbb inform..klu x xde laa aku tahu seawal ini..mereka yang pulak semangat nak suruh aku cek...last2 dapat jugak..nie plak pinjaman Mara yang aku apply untuk tanggungan elaun makan aku..yea laa, MyMaster just tanggung untuk yuran je..terpaksa laa buat pinjaman kan..xkan nak harap kan PAMA je smp abeh pengajian...huhu

Syukur sgt2, mudah-mudahan aku dapat manfaat btol2 duit nie ke jalan yang benar..jgn asyik nak berjoli je..pesanan untuk diri sendri..nati alpa plak..yea laa duit byk kelabu laa mata..haissshhh...



Sayang MARA..hehe..jgn lupa yang tiap2 bulan tu yea;-)

PENANTIAN BERAKHIR...SYUKUR

Alhamdulillah, rasa lega dan syukur sangat hari nie..panggilan abah tadi tepat jam 11.15 pagi mengakhiri penantianku selama 5 bulan nie...sungguh, proses ini banyak membawa erti kesabaran namun kemanisan akan dirasai jua akhirnya...

Pembukaan yang menggemparkan..macam tertanya2 plak apa die yang semangat sgt nak meluah nie..hehe..sebenarnya..jeng jeng jeng...hehe..surat aku baru je sampai kat umah abah tersayang..2 lagi..hehe..abah call tadi bgtw dan siap tolong bacakan untuk aku lagi...auuww, terharu u..hehe...abah memang terlebih kasih syg klu pasal anak perempuan kesayangan die nie, xpe abah nati saya blanja suzuki swift yang abah minat sgt tu ea;-) tapi kene tunggu lagi 5 tahun sbb nati nak smbg phD lagi..hehe...


surat cinta dari KPT dan UMT

Hah, sambung crite pasal surat...dpt 2 surat...1 drpd KPT tentang permohonan biasiswa MyMaster (crite lebih pasal nie klik SINI ) telah diluluskan dan surat tersebut adalah sebagai pengesahan untuk aku terima..alhamdulillah, xrugi cop setem rm40 hari tu..berjanggut tunggu sampai laa skrg bru dpt feedback...sabar je laa hati...dan sekarang yuran sem 2 xyah dah laa bayar...hehe..nak claim cpt2 yuran sem 1 hari tu, nak bayar balik duit abah hari tu..yea laa, selama nie abah yang banyak tanggung aku smbung pengajian nie...rumah sewa, yuran, makan minum, belanja, shopping...segala bagai laa semua guna duit abah dlu...nak buat mcm mana biasiswa + pinjaman aku masih dlm proses..moga2 lepas laa cepat..kecian kat abah..nie dah dpt yang MyMaster, tunggu Mara pulak masuk akaun..hehe..syukur alhamdulillah;-)

Surat kedua pulak dari UMT untuk makluman pendaftaran sem 2 master..huhu..cepatnya masa kan..rasa baru je daftar sem 1 hari tu...research banyak lagi xsiap nie, nak kata 10% pom x menghampiri...questionnaire untuk analisis data dah siap untuk semakan Dr..cuma Dr laa busy cket sejak jadi pengetua Kolej Kediaman nie asyik berpejabat kat asrama je..hari tu pom nak jumpa kene pergi asrama dan jumpa pom hanya 5 minit..hmmm, terpaksa berusaha dengan lebih kuat!!!

Abah pulak bukan main semangat nak hantarkan surat tu ke sini..yea laa klu ikut jadual yang aku buat sendri dan keputusan muktamad pom di tangan aku, 2 minggu lagi bru dpt balik...hujung minggu nie ada program dinner Sismat...rehersal pagi sabtu plak tu, xsempat laa nak kejar balik...2minggu lagi laa jwb nya..tapi xtw laa klu abah btol2 smp cni minggu nie...auuuwww, sgt terkejut laa kan..hehe

We will see!!!

p/s: perasaan nie sgt membahagiakan;-)

Friday 17 February 2012

JEJALAN PERAK

Salam...

Entry sambungan untuk program Kegemmatam Perak sebelum ini..sebelum nie cerita psl program je..hari nie plak nak crite pasal jalan2 sekitar Perak bertemankan pemandu pelancong yang diimport khas dari Manjong..hehe..Boboy Boy..hehe..kredit to Bob kerana sudi jgk turun padang menemani kami untuk jejalan di sekitar Pasir Salak dan Teluk Intan...Manjong dan Ipoh je yang xsempat smp coz hari dah lewat sgt...tu pom aku dgn wani ponteng slot program ceramah semata2 nak berjalan makan angin + kenal tempat orang...naseb baik Dr berehat je kat rest house..hehe..tapi aku dah maklumkan dgn pengarah program yang tersangat baik hati + memahami..xpe laa kan..aku datang pom sbb undangan dari Dr dan sebagai penyelaras program burumatik...slot tu untuk keesokkan hari..dapat laa berjalan2 dulu;-)

Jom check it out!!!

 PASIR SALAK
TELUK INTAN
 TAIPING GOLF RESORT
 Z00 TAIPING
LAST BREAKFAST-TAIPING
KREDIT TO BOBOY...BOB

Wednesday 15 February 2012

KEGEMMATAM PERAK

Salam...

Alhamdulillah, aku baru je sampai di Kuala Terengganu semalam tepat jam 7 malam...hari khamis lepas bertolak ke Perak untuk program Kem Gerak Minda Matematik Tambahan Siri 1 2012 atau nama ringkasnya KEGEMMATAM...program ini dianjurkan oleh Himpunan Mahasiswa Matematik yang diketuai oleh Khairul Rizzuan Omar yang merupakan pelajar tahun 2 Program Matematik Komputasi. Sekolah yang dilawati ialah Sekolah Menengah Agama Raja Dr Nazrin Shah (SARJANA). Sekolah nie adalah sekolah agama dibawah naungan kerajaan Negeri Perak. Tercapai lah objektif program ini dilaksanakan yang mana kami memotivasikan kepada para pelajar bahawa matematik tambahan atau matematik adalah sangat mudah, kuncinya hanya lah rajin dan banyak buat latih tubi...sepanjang program motivasi dikendalikan sepenuhnya oleh Dr Sabri bin Ahmad, pensyarah Jabatan Matematik yang juga merupakan penasihat bagi program ini. Bagi slot pemarkahan dan peperiksaan dikendalikan oleh Puan Rohaya yang juga guru pakar di Sekolah Menengah Teluk Intan (SEMESTI). Beliau banyak mendedahkan tips atau kaedah berkesan untuk subjek matematik dimana program guru muda diperkenalkan di SEMESTI. Para pelajar yang genius matematik akan dilatih untuk mengajar rakan-rakan mereka supaya prestasi sekolah mencapai gred 100%. Ini bermakna pelajar sendiri yang bertungkus-lumus untuk memastikan pencapaian sekolah mereka meningkat bagi tahun tersebut. Ini bermakna guru tidak perlu penat mengajar hampir semua kelas tetapi memantau pelajar mereka semasa guru muda terbabit mengajar. Kaedah ini juga boleh mendorong pelajar untuk tidak kedekut ilmu dan melatih mereka berhadapan dengan ramai orang. Softskill ini yang diperlukan oleh mereka apabila melangkah ke menara gading. Syabas SEMESTI dan SARJANA!!!



 Aku pula dilantik sebagai penyelaras bagi program Burumatik. Program ini merupakan program sampingan dimana kita mendedahkan pembelajaran matematik di luar bilik darjah. Setiap kumpulan dikehendaki menjawab soalan matematik di setiap checkpoint yang mereka lawati dengan membawa belon berisi air sebagai barang amanah. Objektifnya supaya mereka tidak terpengaruh dengan sebarang hasutan dan keinginan lain yang sentiasa menyebabkan fokus belajar mereka hilang. Burumatik dijalankan dengan penuh meriah kerana adik2 Sarjana sangat sporting dalam memberikan kerjasama sepanjang program berlangsung...memang sangat besttt walaupun penat...


Nati kita update sal jejalan kat perak dengan Boboyy ;-)

Monday 6 February 2012

Kalau mahu Pintar,Belajar! Kalau Mahu Hasil, Usaha!

Salam...

Serasa lama tidak bertulis puitis dan meluahkan rasa hati terasa seolah-olah ada yang kehilangan dalam mencoret kehidupan hari ini...kerana tidak mahu kenangan setiap liku-liku kehidupan dilalui tanpa ada penceritaan yang tersirat, blog ini yang akan ku kunjung buat tatapan hari tua..mungkin hadapan sana boleh merasa dan mengingati kembali setiap saat-saat yang dilalui penuh riang ria atau duka lara..kehidupan sememangnya tidak akan pernah meninggalkan manusia tanpa sehari-hari tiadanya suka, duka, manis, pahit atau sekadar tawar...setiap insan akan melaluinya dengan pelbagai rasa dan ianya tidak akan sama...nikmatilah ia sebagai asam garam kehidupan yang perlu kita coretkan dan bermuhasabahlah sentiasa supaya kita Fokus,Yakin dan Percaya bahawasanya kita berada di sini hanya sementara dan persinggahan sebelum ke fasa terakhir, Akhirat sana..(peringatan untuk empunya diri juga)

Saya sgt tertarik dengan kata-kata mentor @ penasihat saya dulu yang kini sedang menyambung pengajian PhD nya di Norway, tempat impian saya juga untuk menyambung pengajian nanti, InsyaAllah..kata-kata yang Dr Imran (http://zoneche.blogspot.com/) petik dari filem Laskar Pelangi:-

Kalau mahu Pintar, Belajar!   Kalau mahu Hasil, Usaha!

 

Alhamdulillah, sesungguhnya kata-kata ini memang bertepatan sekali jika ditujukan kepada pelajar-pelajar termasuk saya sendiri supaya kembali bangkit dan sedar akan kekhilafan diri yang hanyut dengan gelombang ke'rilex'an dan ke'tangguh'an dan ke'malas'an yang sering bermaharalela dalam diri...SubhanaAllah...kadang-kadang diri terlalu alpa tanpa berbuat apa-apa yang berfaedah..hanya makan tido menonton tv...ini bukan laa jadual harian pelajar yang bijaksana yang mana seharusnya setiap waktu yang berlalu diisikan dengan hal yang berfaedah...sekadar mengambil sedikit masa untuk bersantai seharusnya boleh tapi mestilah selalu diingati tujuan sebenar kita berada di sini..Ilmu harus dituntut dan dicari..kalau boleh harus digali lagi...Bangkitlah wahai semangat..tidak seharusnya kamu lemah ketika ini..ketika jalan sudah dipertengahan...ketika kamu tidak harus lagi berpaling ke belakang...Ayuh!! Teruskan berjuang!!

Doakan saya habiskan master ini dlm 2tahun..semoga segalanya berjalan dengan lancar dan mengikut perancangan..Amin..

Aku hanya punya asa, tetapi Allah punya Kuasa! Alhamdulillah..

Jgn lupa untuk selalu sujud dan syukur kepadaNya.