Saturday 5 February 2011

RASA HATIKU

Ntah apa yang hendak dikatakan tapi hatiku cukup resah dengan apa yang sedang berlaku waktu ini...aku ingin berlari sejauh yang boleh namun adakah ia boleh hilangkan segala rasa yang ku alami???hmmm........aku sekadar ingin meluahkan apa yang terbuku tapi tindakan ini juga ditakuti akan melukakan hati orang yang berkenaan..harus dipendam ditakuti akan menjadi daging dalam darah yang telah sebati dan tidak boleh diubati sesenangnya, menjadi dendam...yang merasa sakit tetap jua DIRIKU!!!


Hidup ini banyak cabaran dan dugaannya........aku tahu itu tapi kenapa apabila ada sahaja masalah aku seolah-olah terlupa bahawasanya Dia disampingku..mendatangkan sedikit ujian untuk menguji keimananku..kenapa aku harus resah dan mengeluh? adakah selama aku tidak tahu bersyukur???


SubhanaALLAH..kadang-kadang manusia terleka dengan apa yang diberi padanya..sentiasa merasakan ianya tidak mencukupi sedangkan dia tidak pernah mengetahui bahawa ada insan lain yang lebih kurang daripadanya..kealpaan itu telah menutupi hatinya..

"Kita tidak akan mampu mengubah orang lain melainkan diri kita sendiri"

"Adakala diri kita yang berubah ke arah kebaikan mampu mengubah orang di sekeliling"

Berserah hanya padaNYA!!!!


INSYAALLAH...