Friday 28 October 2011

Dia Bukan Untukku

Akhirnya dia bukan untukku...
...
...
...
...
...
aku terlalu penat berlari
mengejar sesuatu yang tidak pasti
mengharap jalan yang kulalui
indah bersulam kenangan abadi
namun hanya sia-sia yang dilelahi

apakah ini permainan takdir
atau ujian yang datang untuk menguji
sedalam mana ketabahan hati
tetapi hanya kekecewaan yang ku dapati
rasa yang sangat perit untuk ku telani

mungkin engkau begitu jua
namun aku sudah tidak berdaya
meneruskan segala yang ada
yang pengakhirannya ku tahu jua
akan nanti kita kecewa dan terluka

untuk apa diteruskan jua
 memberi harapan dan saling meluka
dulu aku sudah mengingatkannya
antara kita tidak mungkin akan bersama


...
...
...
...
... 
Tamat sudah kisah kita
Moga engkau sentiasa berbahagia!


Tuesday 18 October 2011

Pulang!!!

Salam...

Hari ini alhamdulillah segala perancangan berjalan dengan baik..
Masuk bilik siswazah dan mula bukak buku..menyiapkan serba sedikit mana yang termampu..syukur..
dan hari nie juga kurang diganggu dengan pelbagai kerja yang tiada kaitan..syukur lagi..
sebenarnya keadaan ini yang aku harapkan..mendamaikan jiwa..tenang sentiasa..alhamdulillah segalanya dipermudahkan..syukur...

Keadaan sekarang menyebabkan aku terlalu rindu untuk pulang ke rumah..menatap wajah mama dan masakannya..hmmm, sangat menyelerakan..kerinduan ini mula membuak-buak apatah lagi bila kak long yang kecik menelefon aku menyatakan die di hospital..subhanallah..makin terasa syahdu untuk berada di rumah...

Tapi panggilan telefon dari dua orang abangku membuatkan aku tersenyum sepanjang hari..merasa bahagia memiliki sebuah keluarga yang bahagia..mengambil berat dan saling menyayangi..walaupom banyak bertelagah pendapat namun itulah cara kami meluahkan perasaan sayang dan kasih yang terpahat utuh di sanubari..mereka sentiasa ada untuk aku berkongsi rasa dan cerita..memahami ketika aku perlukan ketenangan..dan menghulur ketika aku perlukan bantuan...makin rasa tidak sabar untuk pulang...ayuh..ayuh pulang..

Mengingatkan diri bahawa aku mempunyai tugas yang besar sebagai pengarah program untuk program yang akan datang, semangat untuk pulang kembali berkubur..hmm, mana dulu patut didahulukan???aduhai..ikut hati aku mau pulang saja..tapi tugas mahu dipinggirkan atau bagaimana?hmm..aku mahu pergi jauh..jauh..

Apa kata kite pergi camping dulu minggu nie..panjat2 gunung..mandi sungai..berbasikal..wahhh best best!!!


Hilangkanlah resahku...
Hilangkanlah rasa hati..
Ku mahu pergi jauh...
Mencari damai di hati..

Sekian.

Monday 17 October 2011

Fikiran Ini

Salam...

Maaf andai menganggap bahawa nota ini adalah baki nota-nota terdahulu yang mana sampai ke saat ini belum dapat dilunaskan..

Kali ini aku cuma teringin sangat untuk menulis sesuatu yang sudah lama dipendam dan dicerangkinkan untuk dijadikan satu kekeliruan yang entah bila akan aku fahami intipati sebenarnya..namun yang hanya boleh didefinisikan secara ringkasnya adalah 'ragam manusia'

Ternyata fikiran ini sangat berkecamuk
memikirkan masalah kamu yang padaku sangat remeh
hanya perlu dibiarkan ianya berlalu ditelan angin masa
manusia normal mengalaminya jua

mengapa perlu diberatkan fikiran
menambahkan lagi kekusutan yang ada
mengelirukan fakta yang jelas di depan mata
penjelasan bagaimana yang engkau harapkan
yang akan membahagiakan hati yang sedang ketandusan

tolonglah fahami
hati manusia susah nak dinilai
apatah lagi untuk difahami dan dibaca
menjaga hati itu yang ku lakukan
kerana engkau pernah kecundang

jangan sampai diriku penat mendengar
sampai masa pasti ku undur jua
bukan niat untuk melarikan diri
apatah lagi tidak mahu berkawan
tapi aku terlalu takut akan keadaan mendatang
menjebakkan aku dalam dilema kehidupan



Sunday 9 October 2011

Terbengkalai

Salam...

Terlalu lama meninggalkan nota di sini..masa yang ada dipenuhi dengan pelbagai cerita..disaat aku meninggalkan post terdahulu disaat itu juga lah aku meninggalkan rumah itu...segala cerita yang berlaku selepasnya banyak memberi pengajaran kepadaku untuk mengenali erti hidup...sesungguhnya aku belum bersedia mental dan fizikal untuk menghadapi dunia sebenar...sampaikan setiap saat yang ada ditumpahkan air mata..sungguh beratkah segala apa yang ku alami saat itu?mungkin hanya aku yang masih belum mampu untuk berdiri di atas kaki sendiri...

Namun ak sangat bersyukur kerana Abah kesayanganku sentiasa ada untuk membangkitkan aku...Mama yang sentiasa mendengar keluh-kesahku dan mendoakan yang terbaik untuk anak perempuannya yang 'satu'...abang-abangku yang sentiasa bergelak mendengar kisahku namun mereka jugalah pemangkin untuk aku bangkit melawan arus badai dan membuktikan kata-kata mereka adalah silap dalam menilai siapa aku...Terima kasih ahli keluargaku yang sentiasa ada dalam perjalanan aku meniti hidup yang penuh ranjau dan dugaan ini...Fahamilah bahawasanya aku masih terlalu cetek dalam mentafsir liku-liku perjalanan hidup ini dan sesungguhnya aku sangat memerlukan kalian untuk sentiasa berdamping denganku hingga hujung nyawa...

Kalian Inspirasi Hidupku

Post yang terbengkalai terlalu banyak untuk dilunaskan...sentiasa akan ada masa untuk aku mencatit segalanya disini supaya ianya dapat dikongsi bersama...

1) Majlis Konvokesyen ke-9 2011..Ijazah Sarjana Muda Sains (Matematik Kewangan).
2) Coret-coret Teman Segalanya.
3) Pertemuan Semula
4) Rela @ Terpaksa