Wednesday 25 April 2012

PERLUKAH BERCERITA?

Salam...dalam keadaan keliru dan pening dengan semua manusia di sekeliling tika dan saat ini...masing-masing seolah-olah saling bercerita keburukan kawan masing-masing..aku pula berada di tengah-tengah hanya mendengar dan hanya mempu mengiakan..kadang-kadang terfikir juga, adakah patut aku mempercayai rakan yang sebegini..mungkinkah nanti dia juga turut bercerita tentang keburukanku kepada yang lain...SubhanaAllah, aku kadang-kadang juga terkeliru samada perlu untuk meluahkan rasa ketidakpuasan hati ini kepada kawan..namun perasaan takut sangat membelanggu sampai aku hanya mampu terdiam...

Jangan perlu lagi mencampuri urusan yang lain..ingatan untuk diri sendiri...mungkin itu yang terbaik untuk waktu ini..ketika semua teman hanya tahu menuding jari tanpa ada jalan untuk menyelesaikan masalah yang timbul...hanya bercerita tanpa mahu bersemuka..siapa jua yang rugi?

Bukan mahu mencari siapa yang patut dipersalahi...

Hanya mahu menyelesaikan segala rasa yang membelenggu diri...

Kadang-kadang ianya terjadi kerana ada yang mencampuri...

Jangan nanti semuanya merajuk membawa diri...


Jika ada yang terluka di hati...

Mohon untuk terus bersemuka dengan empunya diri...

Tiada guna kita saling memendam rasa sakit di hati...

Kelak persahabatan yang terjalin musnah terlerai sepi...


Sayangilah sabahat-sahabat anda sekalian...
Berada di rantauan menuntut kita menghargai sahabat yang senantiasa ada di sisi..





Sunday 22 April 2012

SERONOK DUK SINI.

Assalamualaikum.

Sangat seronok duk cni..Alhamdulillah memang xsangka langsung keadaan ini yang terjadi disini..terima kasih buat housemate baruku yang sudi terima daku dengan penuh keterbukaan dan hepy hepy..kami boleh borak smp 1 2 pagi dan berkongsi segala cerita dan luahan hati..aku masuk cni xsmp pom seminggu..hanya 6 hari tapi mcm dah setahun kenal mereka...mereka sgt sporting, sharing and caring...so relax dan comfortable...syukur sesangat..Alhamdulillah ;-)

Petang tadi kami sempat berjogging keliling taman nie..seronok sgt..aku yg ajak jogging sbb nak try kasut baru..hehe...memang besttt laa sbb diorg memang support habis klu nak buat pape...semalam plak aku kemas ruang tamu dan buat mcm pejabat senang cket aku nak study...nak buat mcm mana aku klu nak study mood susah sgt nak mai dekat..kene btol2 suasana mcm kelas, ada meja kerusi segala..air plak mesti ada sebelah..hehe..diorg dah siap2 ckp nie office aku..hehe..office depan tv plak tu memang jalan laa kan nak study..hahaha..azam baru masuk umah nie, nak study dan siapkan thesis dgn sepantas mungkin..malah sokongan dan dorongan Abby (master in economic, FPE) yang dah siapkan smp bab 3 menaikkan semangat aku untuk study lebih lebih dan lebih supaya aku jugak bleh siap thesis cepat mcm die..Abby plak sgt membantu yang mana aku kurg faham tentang ekonomi dan die memang sgt bersemangat nak ajar aku..memang bertuah sgt rasa..walaupun kami baru kenal tapi serius mcm dah bertahun bersama..perancangan Allah yg terbaik..Alhamdulillah, penuh kesyukuran aku panjatkan padaNya kerana menempat aku di kalangan mereka...

Tiap kali nak makan kami main masak2 kat dapur..seronok sharing2 ;-)

Thanx you sooo muuuchhh!!!

T kite update aktiviti kat umah nie ea ;-)


Babai.






Monday 2 April 2012

7 PETALA CINTA

Alhamdulillah baru sahaja menonton filem terbaru 7 Petala Cinta...filem terbaik bagi kisah cinta islamik dimana ianya memaparkan salah satu kisah cinta yang sentiasa terjadi di kalangan mereka yang mengharapkan cinta sebegini...yang dikatakan jodoh itu di tangan Allah, tiada apa yang dapat menghalanginya...semuanya sudah tertulis di bawah naunganNya..kita hanya sebagai  hamba hanya mampu merancang, kepadaNya harus berserah segala sesuatu..bagiku, filem ini terbaik dimana memaparkan kisah cinta seorang wanita Saidatul Nafisah sehebat namanya, yang diuji kekuatan jiwanya...diuji tatkala colon imam pertamanya dikatakan terbunuh dan menerima pelawaan kali kedua dari abinya..anak solehah yang didambakan oleh semua ayah ibu...diuji lagi keimanan dan kebesaran jiwanya tatkala calon suami keduanya ditangkap berkhalwat dan diusir keluar dari pondok pengajian abinya...jiwanya remuk dilandai badai namun Allah itu punya Kuasa..diatur segalanya cukup sempurna...tatkala akad nikah nak dilafazkan, calon suami pertama pulang ke pangkuan membawa janji hadiah perkahwinannya...SubhanaAllah, sungguh hebat percaturan hidup yang diatur dan hanya manusia yang tinggi keimanannya mampu untuk menerima segala ujian dan dugaan hebat ini...Syukur, filem ini banyak memberi kesedaran andai penonton menikmatinya dan meng'khusyuk'kan diri...filem yang menggamit jiwa bahawasanya cinta Allah yang Abadi...kepadaNya kita berserah.

Selamat mengembara cinta Allah;