Salam...
Alhamdulillah...sepatutnya itu yang perlu aku ucapkan buat masa ini..walaupun ada rasa tidak senang namun hati perlu tabah menempuhi saat-saat begini..kata-kata Dr itu azimat supaya aku cepat tersedar dari mimpi yang panjang...tidak seharusnya terus terlena dgn perasaan indah semata-mata..aku harus pandang ke depan, ada sesuatu yang harus digapai penghujung tahun ini...Terima kasih Dr.
Sesampai sahaja di office tepat jam 11 pagi aku terus ke bilik Dr untuk menghantar kertas jawapan Mid-term student Samudera yang aku jaga minggu lepas..masuk je terus ternampak 2 orang partner projek master aku sedang rancak berbincang tentang progres masing-masing..mereka dah siapkan bab1..hmmm aku????
Ya Allah permudahkanlah urusan hambaMu ini...aku mohon diberi perlindungan dan petunjuk agar aku tabah menghadapi situasi 'lemah semangat' begini...Amin.
Aku tidak harus lemah..segala-galanya proses sebuah kehidupan. Jika tiada rasa begini bermakna aku tidak tahu menghargai erti hidup yang mempunyai pelbagai rasa dan ragam yang seharusnya dinikmati dengan hati yang terbuka..ia mematangkan kita bukan..Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah kerana memberikan aku rasa ketenangan ini ;-)
Sekian.
No comments:
Post a Comment