Salam...
Permulaan tahun yang baru dan rasanya tertanam azam yang baru tetapi mengapa mesti terasa seolah-olah semangat yang dikumpul sepanjang 3 hari ini semakin lebur?hmmm..pertanyaan kepada diri sendiri mengapa sampai ke saat ini aku masih begini sedangkan aku harus begitu...ishh33..teruk sungguh..hehe
Tetapi permulaan pagi ini memberi sesuatu pengajaran yang bermakna..sebab itu orang kata membaca itu amalan mulia..hehe..tadi aku menjelajah ke blog ini http://3monththesis.com dan sangat tertarik tentang penulisannya yg bertajuk how-to-be-more-productive-in-2012.
YES, HOW TO BE MORE PRODUCTIVE IN 2012. Tahun 2012 baru beberapa hari sahaja bermula dan seharusnya kita merebut peluang di awal tahun ini untuk meraih sebanyak mungkin kejayaan sehingga penghujung tahun nanti untuk menjadi di kalangan orang yang beruntung iaitu memanfaatkan segala masa dan tenaga yang ada untuk kebaikan di dunia dan tidak lupa akhirat sana. Hidup kita ini hanya sementara dan menjadi pengembara untuk mengutip sebanyak mungkin ilmu untuk bekalan masa hadapan.
Laman web ini adalah laman web terbaik bagi mereka yang menyambung pengajian dalam bidang penyelidikan dan memerlukan motivasi untuk mengekalkan momentum mereka supaya sentiasa berada pada tahap maksimum. Tips yang diberikan sangat berguna dan terbaik untuk diamalkan walaupun ianya dari omputih..hehe..amalan murni mereka seharusnya dicontohi, perangai yang tidak baik mereka kita jauhi..barulah kita jadi orang yang cemerlang dan terbilang..aduhh, berfalsafah pulak disini...hahaha
Ok kawan2..check it out!!! Gambatee...
Sekian.
No comments:
Post a Comment