Saturday 8 December 2012

BELIEF

Assalamualaikum...

Pagi yang sangat Indah..syukur, Alhamdulillah..walaupun semalam patik tido jam 3 pagi namun sangat senang membangunkan diri pagi nie..diri sendiri pom memang agak xpercaya..namun patik dah siap mandi, breakfast dan terus menghadap lappy nie untuk sambung penulisan yang dah tertanggauh hampir 2 hari...

Rasa sangat istimewa pagi nie sebab online je perkara pertama yang dibukak mesti laa FB..walaupun xbanyak mengomen @ naik status namun nak jugak tahu perkembangan kawan2 yang jauh..hehe..dan sangat tertarik hati sebab terus terjumpa post yang berkaitan dengan BELIEF...

RENUNG-RENUNGKAN!!!


Sangat betul apa yang diperkatakan...semasa kita kecil kita berani untuk ada cita-cita namun langsung tidak memikirkan risiko..yang hanya kita tahu waktu itu hanyalah "aku nak jadi ..." walaupun sering diejek @ diperlekeh oleh kawan2 atau adik-beradik sendiri namun kita xpernah berpaling dari impian kita...Namun semakin dewasa, semakin mengenal erti hidup, kita mulai takut untuk meneruskan cita-cita tersebut atau terlalu takut untuk berimpian...seolah-olah kelihatannya dunia ini sangat kejam kerana semakin menghimpit kita untuk cuba menerima apa yang ada sahaja...atau hanya kita yang sangat takut bermain api???

Kita hanya tahu untuk melengkapkan apa yang sudah sedia ada...buat hanya untuk meneruskan hidup..tidak sedar bahawa impian atau cita-cita dulu mampu dicapai cuma perkara yang membezakan kita dengan orang lain yang berjaya hanyalah ACTION @ TINDAKAN!!!

Percaya atau tidak, kita memang mampu melakukannya...cuma kerana terlalu disuap dengan perkara yang negatif: takut rugi, malu, mampu ke nak buat, orang lain xbuat lagi, dan apa-apa lagi aura negatif yang sentiasa dipanaskan oleh hati yang was-was...penyakit was-was nie penyakit syaitan...kalau kepercayaan kita setinggi kepercayaan yang kita letakkan bahawa "Allah itu Satu" nescaya kita tidak akan berpaling menjauh dengan impian @ cita-cita tersebut!

Sepertimana yang sentiasa kita lihat normal kehidupan sekarang:-
Kecik dulu cita-cita @ impian menggunung..nak itu..nak ini..
Tapi bila dewasa mula mengecikkan impian selari dengan pendapatan...
Itu pun belum cukup untuk merasa mewah..
Yang cukup hanyalah cukup-cukup makan sahaja...

Peringatan untuk diri sendiri:- 
JANGAN PERNAH MENGHILANGKAN @ MENGECILKAN SEGALA IMPIAN & CITA-CITA 
TAPI BERUSAHA DAN BERTINDAKLAH SUPAYA IMPIAN & CITA-CITA ITU BISA MENJADI KENYATAAN!!!!

No comments:

Post a Comment