Thursday, 10 May 2012

BERIKAN AKU SEDIKIT WAKTU

Assalamualaikum...

Aku hanya ingin kan sedikit waktu tika dan saat ini
Saat yang terasa sangat menghimpit diri
Bukan tidak mahu mengerti kesusahan yang kamu alami
Namun aku juga punya masa yang perlu diperuntukkan

Aku cuma mahu masa yang punya sedikit ini
Menghambat waktu untuk 2 paper conference yang perlu disiapkan
Bukan aku tidak mahu pulang kepadamu
Namun kerja ini lagi menyulitkan akal dan hatiku

Aku cuma mahu kamu mengerti
Bahawasanya aku juga sedang dalam kesempitan
Bukan mahu dan sengaja melarikan diri dengan beralasan
Namun aku juga punya hak pada diri sendiri yang menuntut

Aku cuma berkehendakkan kamu memahami
Jangan terus mendesak membuat aku lebih terdesak
Bukan aku tidak langsung berpikiran akan kamu
Namun aku sememangnya tidak mempu untuk memenuhi kesemuanya

Aku cuma minta pengertian dan sedikit kebebasan 
Tika dan waktu saat ini yang sangat mendesak
Bukan aku tidak mahu mempeduli akan rayuanmu
Namun biarlah aku disini mendoakan sejahteramu hanya dari kejauhan

Tika dan saatnya aku bersedia
Akan aku pulang untuk menyambut kelahiran baru itu
Yang sememangnya aku nantikan
Untuk mencium mulus kulit mukanya
Kerinduan ini menyesakkan nafasku
Kudoakan yang terbaik hanya untuk kamu
Sekian untuk bicara hati yang sedikit terkeliru
Keputusan ini terpaksa aku teguhkan
Demi masa depan kita semua
Akan aku lakukan yang terbaik.

No comments:

Post a Comment