Alhamdulillah baru sahaja menonton filem terbaru 7 Petala Cinta...filem terbaik bagi kisah cinta islamik dimana ianya memaparkan salah satu kisah cinta yang sentiasa terjadi di kalangan mereka yang mengharapkan cinta sebegini...yang dikatakan jodoh itu di tangan Allah, tiada apa yang dapat menghalanginya...semuanya sudah tertulis di bawah naunganNya..kita hanya sebagai hamba hanya mampu merancang, kepadaNya harus berserah segala sesuatu..bagiku, filem ini terbaik dimana memaparkan kisah cinta seorang wanita Saidatul Nafisah sehebat namanya, yang diuji kekuatan jiwanya...diuji tatkala colon imam pertamanya dikatakan terbunuh dan menerima pelawaan kali kedua dari abinya..anak solehah yang didambakan oleh semua ayah ibu...diuji lagi keimanan dan kebesaran jiwanya tatkala calon suami keduanya ditangkap berkhalwat dan diusir keluar dari pondok pengajian abinya...jiwanya remuk dilandai badai namun Allah itu punya Kuasa..diatur segalanya cukup sempurna...tatkala akad nikah nak dilafazkan, calon suami pertama pulang ke pangkuan membawa janji hadiah perkahwinannya...SubhanaAllah, sungguh hebat percaturan hidup yang diatur dan hanya manusia yang tinggi keimanannya mampu untuk menerima segala ujian dan dugaan hebat ini...Syukur, filem ini banyak memberi kesedaran andai penonton menikmatinya dan meng'khusyuk'kan diri...filem yang menggamit jiwa bahawasanya cinta Allah yang Abadi...kepadaNya kita berserah.
Selamat mengembara cinta Allah;
No comments:
Post a Comment