Tuesday, 6 September 2011

6 Sept...

Salam...

Alhamdulillah debaran hari ini kian lenyap dimamah waktu yang menunggu menghabiskan sisa2 peninggalan dan meraikan kewujudan hari esok...

6 September 2011, aku selamat tiba ke rumah baru (ber'sewa RM150 sebulan) dan telah selamat berkenalan dengan beberapa housemate yang ada..rumah ini dipenuhi 12 orang penghuni tapi disebabkan cuti rayer sebahagian lagi masih melanjutkan saki-baki mereka di kg halaman masing2..keadaan rumah nie bagi aku sangat laa baik dan cukup terbaik untuk aku mendiami, segalanya cukup malah terlalu mewah rasanya (mungkin anggapan aku shj, harap maklum). Kelengkapan yang disediakan cukup lengkap termasuk katil, peti sejuk, dapur, sofa, televisyen, meja makan dan lain-lainnya...

Click to view the next image.Click to view the next image.Click to view the next image.

Bertolak dari rumah tepat jam 12 tengahari bertemankan abah, ma dan adik2 ku, kami selamat tiba di sini jam 4 petang...Perasaan aku tidak se'ghairah' semasa melanjutkan pelajaran peringkat ijazah dahulu, terlalu ingin merasai kehidupan universiti..kini perasaanku lebih berkecamuk dan sangat takut, takut aku tidak mampu mengharungi badai dan cabaran melanjutkan pelajaran di peringkat master dengan penyelidikan yang sememangnya aku tahu memerlukan pengorbanan dan disiplin yang terlalu tinggi..aku terlalu takut mengecewakan harapan dan impian abahku...abah, maafkan anakmu kerana terlalu lemah untuk berjuang..aku mengharapkan sinar hari esok yang akan lebih memberi aku semangat untuk belajar...

UMT~ Aku sudah kembali!!!

Sekian.
~esok jam 8.30 pagi sy mendaftar~

No comments:

Post a Comment