Salam...
Kembali mengisi kekosongan...dah 2 3 hari ada idea untuk mencatit disini namun kekangan masa dan kesihatan sangat membataskan...apa pun alhamdulillah, hari ini kembali sihat dan ceria untuk memulakan rutin hentian cuti ini...
Petang tadi berblogwalking ke serata ceruk untuk mengupdate apa yang sedang berlaku dan menambahkan pengetahuan dalam pelbagai bidang..(ye ke?pape je laa;-) )
Apa yang menarik, sy terjumpa dengan satu blog (blog pertama) yang memberi idea untuk mendidik anak-anak menghafaz Al-Quran..alhamdulillah, pengorbanan seorang ibu untuk melihat anak-anaknya pewaris generasi masa depan yang tidak tandus agamanya..beliau mengejar saham akhirat, insyaAllah semoga segalanya dipermudahkan untuknya..sy sangat tertarik dengan pengisian blog beliau dimana beliau berkongsi pengalaman dan cara beliau mengajar anak-anaknya menghafaz, bukannya tip-tip yang diceduk dari mana-mana sumber..ilmu dari pengalaman itu sendiri yang lebih berharga...perkongsian yang beliau harapkan dapat mengubah mana-mana ibubapa yang lebih mementingkan pendidikan "keduniaan" sahaja kepada anak-anak mereka...moga-moga ilmu tersebut dapat kita praktikkan kepada anak-anak sekalian untuk melahirkan generasi celik Al-Quran dalam dunia yang sedang mengejar "keduniaannya"..Sekadar perkongsian: http://darwishndarwisya.blogspot.com
Blog kedua yang diteroka adalah milik seorang remaja yang sedang mengejar cita-cita di perantauan tetapi masih tidak melupakan bumi yang dipijak..beliau sebenarnya sy jejaki dari laman facebook dimana sy sgt tertarik dgn olahan beliau terhadap satu isu yang dikemukan oleh junior sy sendri..kemudian utk lebih mengenali empunya pandangan yang sgt bernas, blognya diteroka untuk memahami identiti dan pandangan hidup beliau (memang hobi sy yang suka 'menyelongkar' seseorang yang sy rasakan ideanya menarik tentang sesuatu perkara @ isu, orang kata xkenal maka xcinta tapi ini bukan cinta yang itu tetapi untuk lebih memahami tentang perilaku manusia sekeliling walaupun di alam maya). Bila meneroka blog beliau http://dzuuhaniin.blogspot.com dimana setiap entry hanyalah ringkas namun masih memberi kesan kepada jiwa yang membaca. Mungkin cara beliau yang simple tapi mendalam menyebabkan setiap kandungannya perlukan olahan sendri dari pihak pembaca. mungkin orang lain menyatakan apa yang beliau tulis hanyalah perkara biasa @ remeh namun mungkin tidak dengan jiwa sy...keterujaan membaca entry beliau membuatkan sy kembali bersemangat untuk mencoret disini dan mula terasa bahang seorang pelajar..entry beliau mengingatkan sy bahawa sy adalah seorang pelajar dan perlu berjuang untuk menghabiskan apa yang akan sy mulakan beberapa bulan lagi...terima kasih anda yang xmungkin mengenali empunya disini..tidak mengapa, sekurang-kurangnya sy sudah mendapat satu pandangan bahawasanya blog kite akan mampu mengubah pandangan seseorang walaupun kite xmungkin tahu bila, dimana dan siapa..itulah juga yang sy pelajari dari lect kesayangan sy..Dr. Hassilah Salleh: http://hassilahsalleh.blogspot.com/
Hmm, banyak komen tentang blog orang len plax, bukan update hal sendiri..hahaha
Kan dah cakap tadi, dah semangat kembali untuk meneroka buku-buku 'itu'..hahaha..Jom turut serta;-)
No comments:
Post a Comment