Friday, 4 February 2011

Pelajaran yg berguna

Alhamdulillah..semakin hari semakin banyak ilmu baru yang dipelajari walaupun bukan dalam bilik kuliah..Menariknya hari ini aku telah meng'explore' pelbagai pautan yang berguna dalam yahoo...Sebelum nie hanya tahu guna email sahaja..haha..skrg dah tahu ada kalendar, blog dan lain-lain yang akan memudahkan lagi kerjaku pada masa akan datang...Dan esok yang paling penting aku akan kembali ke 'dunia pengajianku'...hmmm, apa yang nak dikata yea??? rasanya perkataan yang terbaik adalah "Aku sudah tidak sabar lagi untuk kembali"....tidak percaya????

Sejujurnya, itulah yang terkandung di dalam ruang lubuk hatiku...Aku amat gembira berada dalam alam pengajian di mana pelbagai pengalaman yang dapat dikutip..manis,masam,pahit,susah,senang dan semuanya akan dirasai..Tapi bagiku itulah pengalaman yang paling berharga di mana aku juga sememangnya ingin menjadi 'penuntut ilmu yang dahagakan pengalaman hidup'. 

"Tanpa ILMU siapalah diri kita, Tanpa PENGALAMAN siapalah guru kita"

Kata-kata inilah semangat diriku untuk meneruskan pembelajaran sehingga ke puncak impian...kata ilmuwan " Tuntutlah ilmu hingga ke liang lahad". Aku bersyukur dengan nikmat yang aku kecapi hari ini yang mana aku masih berpeluang berdiri dan berlari mengejar cita-cita dan impian yang diinginkan..Walaupun kadang-kadang badai datang melanda dan menggugat rasa hatiku, namun dorongan keluarga dan sokongan rakan-rakan yang banyak membantu menaikkan semangat aku untuk terus berjuang..Coretan ini juga adalah salah satu cara aku meluahkan perasaan dan berkongsi dengan sesiapa jua yang berkeinginan...

Harapanku semoga semester terakhir pengajian ijazahku akan dilalui dengan penuh kebahagian dan kesabaran khususnya dalam menyiapkan projek ilmiah tahun akhir..
"Sesungguhnya kesabaran milik orang-orang yang beriman"

"Renung-renungkan & Selamat Beramal"

No comments:

Post a Comment